Jumaat, 15 Februari 2013

Gurauan Berkasih Dalam Harian Metro


Assalamualaikum..


Syukur alhamdulillah.. sekali lagi novel kedua saya 'GURAUAN BERKASIH' mendapat perhatian dan promosi dalam suratkhabar. Kali ini dalam suratkhabar Harian Metro.


Rujukan akhbar Harian Metro bertarikh 12.02.2013


Untuk pengetahuan anda semua… manuskrip 'AKU JUGA INGIN DICINTAI' telah lulus penilaian.. InsyaAllah, ada rezeki.. kita jumpa AJID dalam versi cetak.

Terima kasih saya ucapkan atas sokongan dan doa dari anda semua.


Jumaat, 8 Februari 2013

Ulasan Gurauan Berkasih (GB) daripada wartawan Berita Harian





Assalamualaikum...


Entry ni bukan entry SUARA CINTA.. tapi, sekadar untuk berkongsi rasa dengan semua pembaca dan pengunjung blog BILA KATA HATI MENULIS. Alhamdulillah, novel kedua saya yang bertajuk GURAUAN BERKASIH mendapat ulasan daripada wartawan Berita Harian, Latifah Arifin. Terima kasih tidak terhingga atas ulasan beliau.

Saya seorang penulis yang masih perlu banyak belajar dan akan terus belajar. Pada yang sudi mendapatkan karya-karya saya.. HATIMU MILIKKU dan GURAUAN BERKASIH.. terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Segala kekurangan pada karya-karya saya.. saya memohon maaf. InsyaAllah, saya akan perbaiki lagi kelemahan yang ada.

 Rujukan akhbar Berita Harian bertarikh 1.2.2013


Pada yang menyokong saya selama ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Pada yang tidak menyukai karya-karya saya.. terima kasih saya ucapkan atas kritikan anda semua. Bukan mudah untuk saya memuaskan hati semua orang dan saya akan cuba buat yang terbaik untuk karya-karya saya yang akan datang. InsyaAllah..

Pada yang belum mendapatkan GB.. bolehlah dapatkan di MPH Online.. ada diskaun 15% untuk novel-novel cinta & romantis.

Untuk pengetahuan anda semua.. karya ketiga saya ‘AKU JUGA INGIN DICINTAI’.. masih dalam penilaian penerbit. InsyaAllah, ada rezeki nanti.. kita jumpa AJID dalam versi cetak.

Terima kasih atas sokongan anda semua.