Jumaat, 24 Julai 2015

Kerana Hati Bicara a.k.a P.A Lelaki 'Kerek'


Assalamualaikum,


Alhamdulillah, karya saya yang ke lapan bakal terbit pada bulan Ogos di bawah Penerbitan Buku Prima. Pada yang pernah membaca kisah Tengku Irfan Haiqarl dan Irdina Asyikin, boleh baca sambungan kisah mereka dalam versi cetak. Tajuk asal KERANA HATI BICARA telah ditukarkan kepada P.A LELAKI 'KEREK'.






Pada yang berminat, boleh dapatkan P.A LELAKI 'KEREK' di Karangkraf Mall atau di website Buku Prima



Akhir kata, terima kasih pada yang menyokong. Tanpa anda semua, siapalah saya ketika ini.


SINOPSIS P.A LELAKI 'KEREK'


Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?