Khamis, 15 Mac 2012

Aku Juga Ingin Dicintai - Bab 8


BAB 8

“Lengan Ain dah okey ke?” tanya Fauziah prihatin.
“Dah Kak Gie,” jawab Nur Ain seraya melabuhkan duduknya di kerusi. Suis ditekan untuk menghidupkan komputer.
“Ain datang naik bas lagi ke?”
“Dah tak naik dah lepas kes accident yang lepas.”
“Habis tu siapa yang hantar Ain? Maksu ke?”
Nur Ain mengangguk.
“Kadang-kadang Abang Eddie hantarkan Ain kerja,” beritahu Nur Ain.
Fauziah mengangguk faham. Matanya ralit memerhatikan Nur Ain yang sedang menekan papan kekunci komputer.
“Sayang betul Eddie pada Ain. Bertuah Ain dapat bakal paksu macam Eddie tu,” puji Fauziah dan tersenyum.
Nur Ain turut tersenyum. Ada benarnya kata-kata Fauziah itu. Beruntung maksu dapat Abang Eddie, bisik Nur Ain sendirian.
“Nur Ain!” tegur Izzuddin tiba-tiba.
Serentak Nur Ain dan Fauziah menoleh. Sebuah senyuman dihadiahkan buat Izzuddin.
“Assalamualaikum Encik Izz,” ucap Nur Ain dan Fauziah serentak.
“Waalaikumussalam Ain, Fauziah,” balas Izzuddin berserta senyuman. “Lengan Ain dah okey ke?” tanyanya pula. Dia menapak jalan menghampiri meja Nur Ain dan Fauziah.
“Alhamdulillah, dah okey Encik Izz. Terima kasih kerana ambil berat pasal saya,” beritahu Nur Ain.
“Tak perlulah berterima kasih dengan saya. Dah menjadi tanggungjawab saya Ain,” balas Izzuddin. Matanya menatap mesra wajah Nur Ain.
“Encik Hazrel tak masuk kerja ke Encik Izz?” tanya Nur Ain sekadar ingin tahu.
Berkerut dahi Fauziah dan Izzuddin mendengar pertanyaan Nur Ain itu. Wajah Nur Ain ditatap penuh curiga.
“Saya nak pulangkan sapu tangan Encik Hazrel yang dipinjamkan pada saya minggu lepas,” ujar Nur Ain tatkala menyedari wajah kerutan Izzuddin dan Fauziah.
“Dah seminggu Encik Hazrel tak masuk office Ain. Sehari selepas kes Ain dengan Encik Hazrel minggu lepas,” cerita Fauziah bersungguh.
“Tak masuk office? Kenapa Kak Gie?” tanya Nur Ain ingin tahu.
“Kak Gie pun tak tahu sebab apa Encik Hazrel tak masuk office, Ain. Mungkin Encik Izz tahu kenapa Encik Hazrel tak masuk office selama seminggu,” jawab Fauziah dan menghalakan pandangan ke wajah Izzuddin.
“Kenapa Encik Izz?” desak Nur Ain.
Rasa ingin tahu mendesaknya untuk bertanya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersikap sebegitu. Malah perasaan risau menyelinap masuk ke dalam hatinya.
“Hazrel bergaduh dengan Eddie malam reunion kami,” ujar Izzuddin dan mengeluh.
“Bergaduh!” jerit kecil Fauziah dan Nur Ain serentak.
Izzuddin sekadar mengangguk.
“Mesti sebab Ain Abang Eddie dengan Encik Hazrel bergaduh, betulkan Encik Izz,” keluh Nur Ain sebak.
“Ain, bukan sebab Ain mereka berdua bergaduh. Eddie dengan Hazrel tak boleh berjumpa, pasti ada perang mulut di antara mereka berdua. Walaupun mereka sering berbalah, mereka tetap berkawan baik sehingga ke hari ini,” jelas Izzuddin cuba menghalau rasa bersalah Nur Ain.
“Tapi, masih disebabkan Ain,” ujar Nur Ain perlahan.
“Ain, jangan fikir yang bukan-bukan. Pasti ada sebab lain yang buatkan mereka berdua bergaduh. Ain jangan salahkan diri sendiri,” pujuk Fauziah lembut.
“Betul kata Fauziah tu Ain. Bukan sebab Ain mereka berdua bergaduh,” sokong Izzuddin. Tidak mahu Nur Ain merasa bersalah walaupun pada hakikatnya adalah benar.
Nur Ain hanya menunduk. Keinginan untuk meneruskan kerja terbantut dengan tiba-tiba. Entah kenapa hatinya berasa risau. Sepertinya merisaukan seseorang yang entah siapa gerangannya. Mungkinkah disebabkan Hazrel ataupun Eddie. Sungguh Nur Ain tidak mengerti akan perasaannya ketika itu.


“Masuk!” arah Hazrel meninggi.
Nur Ain menapak masuk ke dalam bilik. Dapat dirasakan jantungnya berdegup dengan kencang. Mungkinkah disebabkan ketakutan untuk berhadapan dengan Hazrel membuatkan jantung mengepam laju berbeza dari tahap normal.
“Encik Hazrel!” panggil Nur Ain lembut.
Hazrel mengangkat muka. Wajah Nur Ain menyapa matanya. Tajam matanya ke muka itu. Kemudian dijatuhkan mukanya semula mengadap fail di hadapan.
“Maaf kalau saya mengganggu Encik Hazrel. Saya….”
“Memang kau mengganggu aku. Kau tak nampak ke aku tengah banyak kerja ni,” jerkah Hazrel laju berserta dengusan kasar.
Terkejut Nur Ain dengan jerkahan itu. Dia mengusap lembut dadanya yang berombak laju. Menahan rasa ketakutan ketika itu.
“Kau nak apa? Semak aku tengok kau dalam bilik aku ni. Ditambah dengan bau kau tu, lagi menyesakkan nafas aku. Kau tahu tak!!” tengking Hazrel meninggi. Dia mengangkat mukanya semula dan menatap tajam ke muka Nur Ain.
Terkedu Nur Ain buat seketika. Sungguh tidak terniat untuk mengganggu Hazrel ketika ini. Niatnya sekadar untuk memulangkan sapu tangan milik Hazrel. Niatnya juga ingin bertanya akan keadaan Hazrel selepas bergaduh dengan Eddie. Tetapi kehadirannya itu tidak diterima oleh Hazrel. Lantas dibawa kakinya melangkah keluar dari bilik itu setelah meletakkan sapu tangan milik Hazrel di atas meja.
“Kau bagi aku apa ni?” tanya Hazrel pantas berdiri.
Terhenti langkah Nur Ain dek kerana pertanyaan Hazrel itu. Segera dia menoleh ke belakang dan menatap wajah tegang Hazrel.
“Sapu tangan yang Encik Hazrel pinjamkan pada saya minggu lepas. Saya pulangkannya semula pada Encik Hazrel. Terima kasih kerana meminjamkannya pada saya,” jawab Nur Ain dan melangkah jalan menuju ke muka pintu.
“Aku tak nak. Kau ambilnya balik. Aku tak nak bau kau tu melekat pada aku nanti. Tak pasal-pasal habis sabun pencuci kat pasaraya tu aku beli gara-gara nak hilangkan bau kau tu,” sindir Hazrel pedas. Dia berpeluk tubuh dan bersandar di meja. Matanya menatap tajam Nur Ain.
Tersentak Nur Ain kali ini mendengar kata-kata sindiran pedas Hazrel itu. Sungguh hatinya terasa hati dengan apa yang disindirkan Hazrel itu. Namun disabarkan hatinya untuk tidak dikesan oleh Hazrel.
Tanpa membalas kata-kata Hazrel, segera tangannya memulas tombol pintu bilik untuk keluar dari situ. Tidak mahu berlama dengan Hazrel. Entah apa lagi yang akan ditengkingkan oleh Hazrel itu.
“Kau tunjuk lagak depan aku Nur Ain?” ujar Hazrel sinis sebelum Nur Ain beredar dari biliknya.
Berkerut dahi Nur Ain mendengar ujaran sinis Hazrel itu. Serta merta tingkahnya terhenti dan menoleh ke arah Hazrel yang sedang tersenyum sinis ke arahnya.
“Kau jangan lupa hutang kau tu masih belum langsai lagi. Kau jangan ingat aku akan halalkan hutang aku tu semua. Kau juga jangan lupa yang handphone kau tu masih dipegang oleh aku, Nur Ain Zafira Ibrahim!” sambung Hazrel dan menapak jalan menghampiri Nur Ain.
Matanya memandang Nur Ain dari atas ke bawah sambil mencebikkan bibir. Meluat melihat penampilan Nur Ain ketika itu.
“Aku boleh ambil tindakan undang-undang kalau kau tak bayar hutang-hutang aku tu semua,” ugut Hazrel serius.
“Tapi, bukan ke Abang Eddie dah janji nak bayar hutang-hutang saya tu semua,” bidas Nur Ain sedikit tegas.
“Huh!! Kau ingat Eddie tu nak bayarkan untuk kau ke? Dia tipu aje pada kau selama ini. Kalau betul dia nak bayar, kenapa sampai ke hari ini aku tak terima duit dari dia? Lagipun dia buat baik dengan kau disebabkan maksu kau yang tak sedar diri tu. Ada hati nak kahwin dengan anak Tan Sri. Sedarlah diri tu sikit yang kau dengan maksu kau tu tak layak nak berkawan dengan orang kaya macam kami ni,” kutuk Hazrel pedas.  Senyuman sinis terbias di wajahnya.
“Apa maksud Encik Hazrel?” tanya Nur Ain meninggi. Sakit hatinya mendengar kata-kata kutukan dari Hazrel itu.
“Kau ni memang bodoh. Dahlah bodoh, tak cantik pulak tu. Memang cukup lengkap pakej orang kelas bawahan pada diri kau tu,” ujar Hazrel selamba.
Nur Ain mengepal penumbuk. Bertambah sakit hatinya mendengar kutukan Hazrel itu. Jika dia punya kekuatan, mahu sahaja dia melayangkan penumbuk ke muka Hazrel waktu itu.
“Saya sedar siapa saya yang sebenarnya. Tapi itu tidak bermakna Encik Hazrel boleh sesuka hati mengutuk serta menghina saya dan maksu saya,” balas Nur Ain keras.
Well! Kalau dah betul apa yang aku cakapkan tu, nak buat macam manakan? Nak tak nak kenalah mengaku juga,” sindir Hazrel pula. “Aku akan bagi handphone kau semula, tapi dengan satu syarat. Itu pun kalau kau masih nak handphone kau tu baliklah,” sambung Hazrel dan bersandar di dinding.
Nur Ain membisu seketika. Jawapan apa yang perlu diberikan pada Hazrel? Sungguh dia menginginkan handphonenya semula kerana handphone itu memberi kenangan bermakna buat dirinya. Handphone yang dihadiahkan oleh Hazrul sebelum Hazrul pergi meninggalkannya tiga tahun yang lepas. Malah kata-kata pesanan dari Hazrul yang memintanya menjaga handphone itu sebaik mungkin masih tersemat kemas di dalam kotak memorinya.
“Syarat apa?” tanya Nur Ain mengalah.
Hazrel tertawa sinis. Dia menggeleng kecil dengan pertanyaan Nur Ain itu.
“Aku pasti kau mesti nakkan semula handphone kau tu. Maklumlah orang macam kau ni mana mampu nak beli yang lain, betul kan?” sindir Hazrel untuk kesekian kalinya.
Handphone tu bermakna bagi saya,” ujar Nur Ain perlahan.
“Oh, bermakna bagi kau,” ulang Hazrel mengejek. “Mesti pakwe kau yang bagikan? Aku pasti pakwe kau tu setaraf macam kau juga. Kalau tak, mustahil dia belikan handphone murah macam tu. Bodoh betul pakwe kau tu ya,” sambung Hazrel lagi.
“Encik Hazrel!!” tegur Nur Ain keras.
Tajam matanya ke muka Hazrel. Sungguh hatinya terluka dengan apa yang diperkatakan oleh Hazrel. Tergamak Hazrel berkata begitu terhadap Hazrul, insan yang sudah lama meninggalkan dunia ini.
“Kenapa? Kau marah aku kutuk pakwe kau ke?” ulang Hazrel mengejek.
“Tolonglah jangan hina orang yang dah lama meninggal. Kalau Encik Hazrel nak hina saya, hinalah.. tapi jangan arwah,” rayu Nur Ain sebak. “Saya akan ikut syarat Encik Hazrel tu. Encik Hazrel bagitau saja bila dan saya akan tunaikannya. Saya minta diri dulu,” ujar Nur Ain dan segera beredar dari bilik itu. Jika berlama, tidak mustahil air matanya akan menitis tatkala mendengar kutukan Hazrel terhadap Hazrul.


“Kenapa tak makan ni Ain? Dari tadi akak tengok Ain termenung aje. Ain ada masalah ke?” tanya Fauziah prihatin.
Nur Ain mengeluh berat. Matanya dihalakan ke wajah Fauziah.
“Ain tak ada seleralah Kak Gie,” jawab Nur Ain.
“Kenapa Ain? Ain ada masalah lagi ke? Encik Hazrel ada buat perkara tak baik dengan Ain lagi ke?” ulang Fauziah pada soalannya tadi.
Nur Ain menggeleng. Tangannya menguis-nguis nasi di dalam pinggan. Seleranya mati dengan tiba-tiba. Apa yang bersarang di kepalanya, syarat yang bakal dikenakan oleh Hazrel padanya nanti.
“Habis tu, apa masalah Ain?” tanya Fauziah masih lagi mencuba.
“Ain nak dapatkan balik handphone Ain dari Encik Hazrel. Tapi, Encik Hazrel kenakan syarat pada Ain,” jawab Nur Ain jujur.
Handphone? Syarat?” ulang Fauziah berserta kerutan. Cuba untuk memahami kata-kata Nur Ain itu.
“Encik Hazrel pegang handphone Ain. Tertinggal kat dalam keretanya masa dia hantar Ain ke hospital dulu,” jelas Nur Ain lagi.
“Oh, patutlah akak call Ain tak dapat-dapat, rupa-rupanya handphone Ain hilang dan dipegang oleh Encik Hazrel,” rumus Fauziah dan mengangguk.
“Dah lama Encik Hazrel pegang handphone Ain tu Kak Gie,” ujar Nur Ain berserta keluhan ringan. Dia menongkat dagunya sendiri. Nasi di hadapan di pandang dengan pandangan yang kosong.
Fauziah mengangguk faham. Barulah dia faham akan maksud Nur Ain itu. Patutlah setiap kali dia menelefon Nur Ain, hanya suara operator yang berkumandang di hujung talian. Jika bukan suara operator, dibiarkan telefon tanpa dijawab. Salah dia juga kerana tidak bertanyakan perkara itu dari Nur Ain. Dan kini barulah dia tahu sebab kenapa jadi begitu.
“Nur Ain!!” panggil Hazrel sedikit menjerit.
Tersentak Nur Ain mendengar jeritan itu. Seraya dia menoleh ke belakang dan dilihatnya Hazrel sedang bercekak pinggang mengadap ke arahnya.
“Nak apa lagi Encik Hazrel tu dengan Ain?” tanya Fauziah ingin tahu.
“Entahlah Kak Gie. Mungkin dia nak suruh Ain buat kerja kot,” duga Nur Ain.
“Kan masa rehat ni Ain. Janganlah kejam sangat pada pekerja,” rungut Fauziah tidak berpuas hati.
“Tak mengapalah Kak Gie, mungkin kerja tu penting dan Encik Hazrel minta Ain settlekan secepat mungkin,” balas Nur Ain cuba mengusir rasa tidak puas hati Fauziah.
“Nur Ain!!” panggil Hazrel sedikit menekan. Langkah diatur menuju ke tempat Nur Ain dan Fauziah berada.
“Kak Gie, Ain pergi dululah,” pamit Nur Ain seraya bangun.
“Tapi, Ain kan tak habis makan lagi ni. Pagi tadi pun Ain tak bersarapan. Kalau gastrik Ain tu datang, macam mana?” tegah Fauziah khuatir.
“Tak apalah Kak Gie, Ain ada bawa ubat,” balas Nur Ain dan berlalu pergi dari situ.
Fauziah hanya menggeleng. Geram melihat perangai Nur Ain yang akur sahaja dengan perintah Hazrel. Seakan lembu dicucuk hidung lagaknya. Entah apa yang dimahukan oleh Hazrel dengan Nur Ain ketika ini, dia sendiri tidak tahu. Mungkin Hazrel minta Ain lunaskan syarat untuk dapatkan handphone Ain balik kot, fikir Fauziah sendirian. Ya ALLAH, janganlah Hazrel suruh Ain buat yang bukan-bukan pulak, risau hatinya. Perlukah aku bagitau Humaira tentang perkara ini? Fauziah berkira-kira di dalam hati.


“Ada apa Encik Hazrel?” tanya Nur Ain setibanya di hadapan Hazrel.
“Kau ni pekak ke apa? Telinga kau tu letak kat mana? Dua kali aku panggil kau buat tak tahu aje kenapa? Kau ingat suka sangat ke aku tunggu kau kat sini,” marah Hazrel meninggi.
“Maaf, saya kurang dengar tadi,” ujar Nur Ain menunduk.
“Kurang dengar? Sah-sah kau ni memang dah pekak,” kutuk Hazrel pula.
Nur Ain hanya menunduk. Menahan rasa di hati.
“Aku nak kau ikut aku sekarang.”
“Ke mana Encik Hazrel?”
“Boleh tak jangan banyak tanya? Aku plaster mulut tu baru kau tahu. Kalau kau nak balik telefon kau tu semula, kau ikut aje cakap aku tanpa banyak bunyi, faham!”
“Maaf!”
Hazrel mendengus kasar. Segera dia membawa langkahnya menuju ke kereta. Dia perlu berjumpa dengan Faizal, rakan seuniversitinya dahulu. Jam di tangan dikerling buat seketika. Masa sudah menginjak ke dua petang.
“Apa yang kau menungkan lagi tu, cepat masuk!” arah Hazrel dari arah kereta.
Tersentak Nur Ain seketika. Lantas dia menuju ke kereta Hazrel dan memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta.
“Hari ni kau kena dengar cakap aku. Lepas kau settlekan syarat aku ni, aku serahkan telefon kau tu balik,” beritahu Hazrel tatkala mereka berdua berada di dalam kereta.
Nur Ain hanya mengangguk. Tidak mampu untuk bersuara. Nasibnya hanya diserahkan pada ALLAH. Semoga ALLAH lindunginya ketika ini.
“Kau ni tak ada mulut dah ke? Tadi telinga kau bermasalah, sekarang mulut pulak.”
“Saya tak tahu nak cakap apa?”
“Tak tahu nak cakap apa? Itulah kau, orang suruh belajar, kau menggatal. Memang kau orang yang macam tukan? Belajar sampai SPM, lepas tu tackle lelaki kaya, tak payah fikir-fikir kat mana nak cari duit. Senangkan hidup macam tu,” kutuk Hazrel selamba.
Mendengarkan kutukan Hazrel, serta merta Nur Ain menoleh. Jelas riak selamba di wajah Hazrel ketika itu. Nur Ain mengeluh dalam hati.
“Suka hati Encik Hazrel lah nak cakap apa, saya terimanya dengan hati yang ikhlas,” balas Nur Ain perlahan.
Kemudian dia membuang pandang ke luar jendela. Tidak mahu Hazrel mengesan rasa di hati. Sungguh kutukan Hazrel begitu melukakan hatinya. Sambil-sambil itu, dia cuba menahan air matanya dari mengalir keluar.


Bro, sorry lambat. Aku ada hal sikit tadi,” tegur Hazrel tatkala tiba di hadapan Faizal.
“Tak apa. Aku pun baru aje sampai. Kau sorang aje ke? Mana Izz? Bukan ke dia kerja dengan kau?” tanya Faizal bertubi-tubi. Matanya mengerling sekilas ke arah Nur Ain.
“Mana kau tahu dia kerja dengan aku?” tanya Hazrel pula sambil melabuhkan duduk di hadapan Faizal. Tangannya melambai ke arah pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka duduki. Setelah memberi pesanan, segera dihalakan pandangan ke muka Faizal.
“Semalam Izz call aku. Bagitau yang dia kerja dengan kau. Wah! Kau dah jadi bos nampak. Bolehlah aku tumpang sekaki,” seloroh Faizal dan tergelak.
“Banyaklah kau punya kaki. Aku pun baru ambil alih syarikat tu. Sebelum ni ikut suka hati aku ajelah nak jenguk syarikat tu atau tidak,” bidas Hazrel pantas.
Suasana hening seketika tatkala pelayan meletakkan minuman yang dipesan di atas meja. Setelah itu, segera Hazrel mencapai gelas minumannya dan meneguk rakus air tersebut. Tekaknya yang terasa kering, sudah pun dibasahkan.
Sorrylah bro, sebab aku tak join reunion tu sekali. Ada hal yang tak boleh nak dielakkan,” suara Faizal kesal.
“Erm, elok pun kau tak datang malam tu. Buat sakit hati aje,” balas Hazrel keras.
“Kenapa pulak?”
“Aku gaduh dengan Eddie malam tu. Habis muka aku ditumbuknya,” cerita Hazrel.
Tergelak Faizal mendengar cerita Hazrel itu. Matanya menjamah wajah tegang Hazrel.
“Yang kau gelakkan aku ni kenapa? Kau jangan nak tambah marah aku pulak.”
“Okey… okey… aku minta maaf. Belum pernah lagi aku dengar kau dan Eddie bergaduh. Bukan ke kau, Eddie dan Hazrul berkawan baik dari universiti lagi?”
“Memanglah. Tapi ada juga yang kami tak sebulu dengan Eddie.”
“Korang bergaduh pasal perempuan ke?” tebak Faizal.
Membuntang mata Hazrel dengan pertanyaan itu. Segera dikalihkan matanya ke arah Nur Ain yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka berdua duduk.
“A’ah, sebab perempuan kampung lagi menyusahkan,” akui Hazrel keras.
Faizal melepaskan ketawanya lagi. Geli hati mendengar ayat yang keluar dari mulut Hazrel itu. Kerana perempuan? Ulang Faizal di dalam hati. Dia tersenyum sinis buat seketika.
“Kau bawa siapa tu Haz?” tanya Faizal ingin tahu.
Sedari tadi matanya memerhatikan susuk tubuh Nur Ain yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Matanya juga menjamah wajah Nur Ain yang sedang menunduk. Ada sesuatu yang menarik minatnya untuk memandang Nur Ain. Pandangan yang sukar untuk dimengertikan.
“Orang gaji aku. Kau berkenan ke?” balas Hazrel dan tergelak.
“Orang gaji kau? Takkan sampai ke sini kau bawa orang gaji kau tu,” bidas Faizal kurang percaya. Matanya mengerling sekilas ke wajah Nur Ain.
“Kenapa? Kau tak percaya ke?”
“Eh.. apa pulak aku tak percayanya. Aku percaya. Tapi, cantik juga orang gaji kau tu. Mana kau dapatnya?”
“Cantik kau kata? Mata kau ni dah rabun ke? Kau tengoklah dressing dia tu, kekampungan. Muka dia tu, tak cantik dan berparut. Hisy, tak paham aku dengan kau dan Izz ni. Muka macam tu kau boleh kata cantik,” kutuk Hazrel selamba.
Faizal tertawa mendengarnya. Matanya masih lagi menjamah susuk tubuh Nur Ain. Walaupun hanya berbaju kurung, tetapi masih menarik dari pandangan lelakinya.
“Kau bayar dia berapa Haz?” tanya Faizal sekadar mengorek.
“Bayar? Maksud kau?” tanya Hazrel berkerut.
“Eh… maksud aku, gaji dia. Berapa kau bayar gaji dia?”
“Oh, aku ingatkan apa tadi. Dia kerani aku merangkap orang gaji aku.”
“Kerani kau? Habis tu macam mana pulak boleh jadi orang gaji kau?” tanya Faizal masih tidak berpuas hati.
“Dia ada hutang dengan aku. Tu yang aku jadikan dia orang gaji aku,” jawab Hazrel selamba dan tergelak.
Matanya mengerling sekilas ke arah Nur Ain yang sedang berdiri seperti patung cendana lagaknya. Berkerut dahi Nur Ain dilihatnya. Entah apa yang difikirkan oleh Nur Ain, dia malas ambil tahu. Apa yang pasti, dia berjaya membuatkan Nur Ain mengikut arahannya itu. Baru puas hati aku Eddie, bisiknya.
“Aku ke tandas dulu. Kau tolong awasi dia untuk aku. Nanti lari pulak dia tu,” pinta Hazrel seraya bangun.
“Okey, no problem. Ayam takkan aku nak lepaskan. Mestilah aku akan tambatnya elok-elok,” balas Faizal dan tergelak.
Hazrel turut sama tergelak. Mengerti akan maksud tersirat Faizal itu.


Nur Ain masih menunggu. Hatinya membengkak tatkala Hazrel memintanya menunggu di situ. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia beredar dari situ. Namun disabarkan hati agar tidak berbuat begitu. Apa yang menjadi matlamatnya sekarang ini ialah, telefon bimbitnya. Telefon yang dibeli oleh Hazrul untuk dirinya dahulu. Berkeras dia menolak pemberian Hazrul itu kerana tidak mahu dianggap mengambil kesempatan ke atas kekayaan Hazrul. Tetapi atas desakan Hazrul, nak tak nak, Nur Ain terpaksa menerimanya. Disebabkan itulah, Nur Ain hanya menggunakan telefon itu sekadar untuk memanggil dan menerima panggilan sahaja.
“Hai!” tegur Faizal tiba-tiba.
Tersentak Nur Ain seketika. Serta merta ingatannya terhadap Hazrul terbang begitu sahaja. Matanya menatap wajah lelaki di hadapannya itu.
“Saya Faizal. Awak?” sambung Faizal lagi.
“Err, Nur Ain Zafira Ibrahim. Panggil Ain saja,” balas Nur Ain.
Tangan yang dihulurkan Faizal tidak bersambut. Dia hanya menundukkan wajah mewakili salaman di tangan.
Faizal menarik tangannya semula. Terasa hati dengan tingkah Nur Ain sebentar tadi.
“Awak tunggu Hazrel ke?” tanya Faizal.
“A’ah. Mana Encik Hazrel?” balas Nur Ain sambil matanya melilau mencari kelibat Hazrel namun tidak berjumpa. Hatinya menjadi risau dengan tiba-tiba.
“Dia ada urusan penting, jumpa client. Dia minta saya hantar awak balik ke pejabat. Mari saya hantarkan awak ke pejabat,” beritahu Faizal berserta senyuman tersirat.
“Haa… jumpa client!” ulang Nur Ain terkejut.
Faizal mengangguk.
“Kalau macam tu, saya minta diri dululah,” pamit Nur Ain namun ditahan oleh Faizal.
“Hazrel minta saya hantarkan awak ke pejabat. Jadi, biar saya sahaja yang hantar awak ke sana,” pelawa Faizal lagi.
“Tak mengapalah. Saya boleh balik sendiri. Terima kasih,” tolak Nur Ain lembut dan berlalu pergi dari situ.
Jika berlama di situ, entah apa lagi yang akan diperkatakan oleh lelaki itu. Sungguh Nur Ain merasa seram sejuk tatkala melihat wajah lelaki itu. Dirasakan sesuatu yang berlainan pada pandangan lelaki itu.  
Faizal hanya mengekori langkah Nur Ain dengan ekor matanya sahaja. Seminit kemudian, matanya dihalakan ke arah Hazrel yang baru menapak keluar dari bilik air. Dia melemparkan senyuman buat Hazrel.
“Mana Nur Ain?” tanya Hazrel kehairanan.
“Nur Ain?” ulang Faizal pura-pura.
“Orang gaji aku tu lah. Mana dia?” ulang Hazrel sedikit menekan.
“Oh! Dia dah balik office,” jawab Faizal selamba.
What? Dah balik office. Sesuka hati dia aje nak balik office. Aku tak suruh pun dia balik office. Yang kau lepaskan dia kenapa?” geram Hazrel meninggi.
“Manalah aku tahukan. Aku ingatkan kau suruh dia balik. Lagipun aku tengok dia, macam bosan aje tunggu kau.”
“Hisy, angin aku dibuatkannya. Tak pe, siaplah dia nanti kat office. Khaw-khaw aku marahkan dia nanti.”
“Kau ni Haz. Cuba kawal sikit panas baran kau tu. Asyik nak mengamuk ajelah kau ni,” tegur Faizal dan tertawa kecil. Geli hati melihat wajah tegang Hazrel itu.
“Banyaklah kau punya kawal. Tak pe, tahulah aku macam mana nak buatnya nanti.”
“Apa yang kau nak buat?” tanya Faizal penuh minat.
Hazrel hanya membisu. Otaknya ligat memikirkan rancangan untuk mengenakan Nur Ain. Sakit hatinya tatkala Nur Ain mengingkari arahannya. Siap kau nanti! Azam Hazrel di dalam hati. Lantas dikeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluarnya. Nombor Izzuddin di dail dan menanti sapaan dari hujung talian. Faizal sekadar melihat dan tergeleng.
“Kau kat mana Izz?” tanya Hazrel.
“Aku kat office. Kenapa?” jawab Izzuddin.
“Nur Ain ada tak?”
“Nur Ain? Bukan ke dia ikut kau time rehat tadi?” tanya Izzuddin berkerut.
“Mana kau tahu?”
“Fauziah bagitau aku tadi bila aku tanya pasal Ain dari dia.”
Hazrel melepaskan dengusan kasar.
“Tadi dia ada dengan aku, tapi dia dah balik office,” ujar Hazrel.
“Kau bawa dia ke mana Haz?”
“Kau tak perlu sibuk dengan urusan aku. Kalau dia balik nanti, kau suruh dia tunggu aku balik. Jangan benarkan dia balik selagi aku tak masuk office.”
“Tapi kenapa?”
“Adalah. Aku nak suruh dia buat kerja sikit.”
“Kau nak suruh dia buat apa lagi Haz? Tak cukup lagi ke kau suruh dia ikut arahan kau.” tegur Izzuddin tidak berpuas hati. Sakit hatinya tatkala Hazrel membuli Nur Ain.
“Sekarang ni siapa yang bos, kau ke aku?” marah Hazrel meninggi.
Izzuddin menarik nafas dan melepaskannya.
“Kau bos aku. Tapi itu tidak bermakna kau boleh sesuka hati menindas pekerja.”
“Ah! Sudahlah Izz. Malas aku nak dengar ceramah free kau tu. Ingat pesanan aku tadi. Selagi aku tak masuk office, selagi itu kau jangan lepaskan Nur Ain balik, faham!” pesan Hazrel tegas seraya mematikan talian telefon.
Tersentak Izzuddin dengan perilaku Hazrel itu. Dia menggeleng kecil memikirkan tentang Hazrel. Entah bilalah Hazrel akan berubah perangai, dia sendiri tidak tahu. Sudah berkali-kali dinasihati, tetapi Hazrel masih berperangai yang sama. Malah bukan dia sahaja yang menasihati Hazrel, Eddie juga turut menasihati Hazrel, tetapi Hazrel masih dengan sikapnya yang panas baran dan memberontak.


“Hisy, geram betullah Ain dengan Encik Hazrel tu. Tadi dia suruh kita ikut dia, lepas tu tinggalkan kita. Tak pasal-pasal Ain kena naik teksi,” rungut Nur Ain di depan Fauziah.
“Eh, bila Ain masuk?” tanya Fauziah terkejut.
“Menyampah betul Ain dengan Encik Hazrel tu,” sambung Nur Ain lagi.
Berkerut dahi Fauziah mendengar rungutan Nur Ain itu. Bingkas dia bangun dari duduknya dan menghampiri Nur Ain.
“Kenapa ni Ain?”
“Encik Hazrel tulah Kak Gie. Tadi dia suruh Ain ikut dia, lepas tu tinggalkan Ain dengan lelaki yang Ain tak kenal. Takut Ain tengok lelaki tu Kak Gie. Dia tengok Ain macam nak telan Ain pun ada,” cerita Nur Ain bersungguh.
“Yeke Ain. Siapa lelaki tu? Kenapa Encik Hazrel tinggalkan Ain?” tanya Fauziah bertubi-tubi.
“Katanya kawan Encik Hazrel. Manalah Ain tahu kenapa Encik Hazrel tinggalkan Ain kat restoran tu. Nasib baiklah dekat, kalau tak, habis duit Ain sebab terpaksa bayar tambang teksi. Bukannya murah tambang teksi, mahal,” rungut Nur Ain lagi dan mengeluh.
Fauziah mengangguk faham. Dia menapak semula ke mejanya dan melabuhkan duduk di situ. Matanya menatap kesian wajah Nur Ain. Kenapa Hazrel melakukan seperti itu terhadap Nur Ain? Kenapa Hazrel membuli Nur Ain? Apa yang Ain telah lakukan pada Hazrel? Pelbagai persoalan yang menerjah masuk ke dalam kotak fikirannya itu.
“Ain ke bilik air kejap ya Kak Gie,” pamit Nur Ain seraya bangun.
Fauziah hanya mengangguk. Matanya sahaja yang mengekori langkah Nur Ain hingga hilang dari pandangan mata.


Izzuddin memanjangkan leher tatkala terlihat kelibat Nur Ain melewati biliknya. Segera dia memanggil Nur Ain sehingga membuatkan langkah gadis itu terhenti.
“Ada apa Encik Izz?” tanya Nur Ain sambil cuba mengawal pernafasan.
“Awak baru balik ke Nur Ain? Tadi Encik Hazrel call saya cari awak,” tanya Izzuddin sekali gus menepis pertanyaan Nur Ain.
“Encik Hazrel? Bukan ke Encik Hazrel ada perjumpaan dengan client. Sebab itulah saya balik ke office,” jelas Nur Ain jujur dan berkerut.
Izzuddin mengeluh ringan. Wajah Nur Ain ditatap mesra.
“Dia cari awak, Nur Ain. Dia minta awak tunggu dia sehingga dia masuk office balik. Selagi dia tak masuk, selagi itulah awak jangan balik,” jelas Izzuddin.
“Oh, baiklah Encik Izz. Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu,” balas Nur Ain dan tersenyum. Dia menapak keluar dari bilik itu.
“Nur Ain, malam nanti awak temankan saya makan boleh?” ujar Izzuddin sekadar mencuba. Berharap Nur Ain bersetuju dengan permintaannya itu.
Terhenti langkah Nur Ain mendengar ujaran itu. Dia menoleh semula ke belakang dan menatap mesra wajah Izzuddin.
“Err, saya tak boleh janjilah Encik Izz. Saya tak biasa keluar malam,” jujur Nur Ain sambil menggaru kepalanya yang bertudung.
“Tak mengapalah Nur Ain. Lain kali ajelah saya ajak awak makan sama,” balas Izzuddin sedikit kecewa. Kecewa apabila permintaannya di tolak oleh Nur Ain.
Nur Ain sekadar tersenyum. Dia menapak keluar dari dalam bilik. Kepenatan yang dialaminnya sebentar tadi, perlu direhatkan. Sakit hatinya apabila Hazrel meninggalkannya begitu sahaja. Jika dia tahu perkara itu akan terjadi, sudah pastilah dia menolak permintaan Hazrel tadi. Permintaan untuk memintanya mengikut segala kemahuan Hazrel. Dalam erti kata yang lain, menjadi orang suruhan Hazrel sebagai pertukaran telefon bimbitnya itu.


20 ulasan:

  1. kalau sy jdk ain sy dah koyakkan mulut si hazrel tu.besar sgt ke dia tu sesuka jiwa nk hamun org...

    :) sekian, terima kasih...hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. sama2 kasih farah.. mana tumpahnya kuah klu x ke nasi.. kan Datin Salina tu mcm tu jg, jerit2, tengking2 n jerkah2 aje sesuka hati.. so, HH tue ikut perangai DS tulah.. haha.. :D

      Padam
  2. xtw nak komen apa..sedih sgt bile hazrel layan ain mcm xda perasaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpe, lps ni NAZ pulak layan HH mcm xde perasaan.. biarkan HH dgn sikap ego, sombong n bongkak dia tu.. pasti ada balasannya nti.. pengajaran buat HH..

      Padam
  3. he...benci btl dgn si hazrel itu....suka suki dia je maki hamun org..
    kesian dgn ain...hu..hu..hu

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai, jgn marah2 n benci2 kat HH.. kang dia bertukar jd romantik, terkejut x terkata nti.. kalah hero dlm GB si Amirul tu.. hehe.. :D

      Padam
  4. Apa lah lagi mamat poyo + sengal + berlagak tu nak buat kat Ain ye...Eliza kalau boleh bagi mamat poyo + sengal + berlagak tu jatuh cinta jiwang karat gila2 kat Ain...pastu Ain tak layan dia...baru padan muka dia...menyampah + meluat betul dengan mamat tu sampai nak sebut nama dia pun benci...sori ye terlebih emosi a plak..hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. 2 yg dpt gelaran mamat poyo + sengal + berlagak tu ya.. jgn risau.. HH akn dpt balasannya.. mmg btl2 dia tersungkur nti.. NAZ pn xkan layan dia smpe tension dia nti, semua tu lps diorg kawin nti.. err, tlbh sudaahhhh... apa2 pn tq coz membaca n menanti AJID.. :D

      Padam
  5. aishhhh....mmg nk kna debik la si hazrel ni...xpe2,sket msa lg mst hazrel ni akn brubh 360 deg kn....biar dy dgn ego plus skp annoying 2 dlu...hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi.. yup!! kita kasi dia bangga diri dlu.. then baru kita kasi dia jatuh terjelepuk.. hahaha (gelak jahat).. :D

      Padam
  6. lama g dia nak berubah ni kak? skt jiwa dh ni.. haz asik ain tu xcntik.. xcntik sgt ka dia nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. lama lg kot dia nk berubah.. kan dia tu ego melangit.. err, NAZ bknlah cantik mana.. tp, still ada ayu n manisnya.. parut kat dahi dia yg nmpkkan kekurangan NAZ.. kali ni akak buat heroin lain dr yg lain.. huhu.. ;)

      Padam
  7. I just came back fr nite shift today n just open up ur blog ... congrats abt ur 1st novel yng akan diterbitkan in June n I hope nanti I balik kampung in late june bolehlah cari di seberang tambak ya .. ok back to ur current novel ... kenapa eddie tak beri saja cash money to ain n pretend that the money is fr her to pay up the debts ... so si mat sengal tu tak akan syak yng duitnya itu daripada eddie ... kan senang ... case close ... well itu pendapat saya lah ... but anyway still waiting patiently for the nxt entry ..Fr Aida "Perth"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aida..
      lama sungguh sy tggu komen dr awak.. ingatkan dh x layan e-novel sy.. hihi.. sy suka bc komen dr awak Aida.. sbb awak npk kelemahan dlm karya2 sy.. ms HM dlu, komen2 awak byk bantu sy betulkan kesilapan/kelemahan dlmnya.. bab seterusnya selesailah isu hutang tu.. apa2 pn thanks Aida.. jgn jemu membaca karya2 sy.. ;)

      Padam
  8. ros..
    ada jgk manusia mcm ni ye?np la si ain tu lurus bndul sngat...trima je lah bntuan dr eddie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. maybe ada kak dlm dunia realiti kita ni.. even dlm drama pn ada, apatah lg dlm dunia yg nyata ini.. sy terjemahkannya dlm penulisan sekadar utk berkongsi dgn pembaca.. hanya pembaca yg boleh menilainya.. :)

      Padam
  9. ni nak habaq. q.rasa.mulut.hazrel.layak.di.jahit!!
    mmg... jib** btl...

    BalasPadam
    Balasan
    1. erk, q.. jib**?? hahaha.. akak rs tahu ayat tu.. lps ni kita jahit sama2 ya mulut si HH tu.. haha..

      Padam